MINGGU 7

Assalamualaikum dan salam sejahtera, pada minggu ini kelas Teknologi Pendidikan membuat satu aktiviti di mana kami ditugaskan untuk membuat final draft untuk Storyboard berdasarkan tajuk pada minggu sebelum ini. Final draft boardgame tersebut, kami dikehendaki untuk senaraikan peraturan boardgame  dan menyatakan arahan yang perlu diikut semasa main permainan ini.


Kami sesama ahli kumpulan, berbincang untuk menyenaraikan peraturan dan arahan permainan.


sesi perbincangan


Nama Permainan : Jawab dan Tampal
Bentuk Permainan : Susunan Puzzle
Arahan :
  1. Semua pelajar dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu Kumpulan 1 adalah semua pelajar lelaki manakala Kumpulan 2 adalah semua pelajar perempuan.
  2. Pelajar diberi masa 10 minit untuk berbincang dan membuat ulang kaji berdasarkan tajuk yang dipelajari antara ahli kumpulan sebelum memulakan permainan.
  3. Sebelum permainan dimulakan, guru akan memberi kad manila bagi setiap kumpulan untuk tujuan menampal kepingan puzzle di atas kad manilla.
  4. Pada waktu yang sama, bekas kepingan puzzle disimpan di dalam mangkuk yang berada pada tangan guru.
  5. Salah seorang ahli kumpulan perlu mengambil kepingan puzzle satu per satu pada guru.
  6. Pelajar dikehendaki menjawab dengan betul dahulu baru kepingan puzzle tersebut ditampal di kad manila.
  7. Maka, langkah itu berulang sehingga salah satu kumpulan tersebut siap dengan pantas.


Menunjukkan sesi perbentangan

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MINGGU 3

MINGGU 11

MINGGU 10