MINGGU 3

Assalamualaikum, pada minggu ini kelas Teknologi Pendidikan membuat satu aktiviti di mana kami ditugaskan untuk merangka Storyboard berdasarkan tajuk pada minggu sebelum ini. Kami akan menghasilkan Storyboard yang bertemakan Teknik Cantuman yang merupakan subtopik dalam Reka Bentuk Fesyen. 
Berikut merupakan pengenalan tentang Storyboard atau dalam bahasa melayunya adalah Papan Cerita :



DEFINISI PAPAN CERITA

  • Papan Cerita membawa maksud satu siri lakaran bagi menggambarkan turutan isi kandungan bagi skrin multimedia. 
  • Ia juga boleh katakan sebagai susunan grafik dalam bentuk ilustrasi atau imej yang dipersembahkan bagi tujuan pra-tayangan gambar bergerak, animasi, grafik bergerak atau media interaktif. 
  • Papan cerita juga merupakan satu susunan visual yang membolehkan pengaturcara perisian menjalankan tugas pengarangan dengan licin dan teratur. 
Menurut Wikipedia, “Storyboards are graphic organizers in the form of illustration or images displayed in sequence for the purpose of pre-visualizing a motion picture, animation, motion graphic or interactive media sequence.”

KANDUNGAN MAKLUMAT DALAM PAPAN CERITA




- Suatu lakaran atau lukisan di atas skrin, 
- Halaman atau bingkai.
  • - Warna, penempatan, dan saiz grafik.
  • - Teks sebenar di atas skrin

  • HASIL YANG DAPAT BERDASARKAN BUAT PAPAN CERITA
  • - Narration 
  • - Animation
  • - Video
  • - Sound

  • JENIS PAPAN CERITA YANG BOLEH DIGUNAKAN 
  • iaitu : 

  • - Papan cerita Produksi (Production Storyboard).
  • - Papan cerita Lembaran Konsep atau Lukisan (Conceptual Sheet Or Painting Storyboard).
  • - Papan cerita TV (TV Storyboard).
  • - Papan cerita Animatik (Animatic Storyboard).
  • - Papan cerita Digital (Digital Storyboard).




Objektif pembelajaran pada minggu ini, 
- Dapat belajar tentang proses merancang dan mengendalikan proses jalan cerita sesuatu video
- Membolehkan kita menguji keseluruhan konsep secara gambaran visual terlebih dahulu.
- Dapat melihat secara ringkasan jalan cerita itu dalam bentuk visual.
- Dapat menghasilkan video yang mempunyai jalan cerita yang teratur.







Pembentangan Storyboard



Hasil storyboard yang bertajuk Teknik Cantuman















Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MINGGU 11

MINGGU 10